TIADA YURAN DIKENAKAN!!
Perintah Tetap PPOC :-
1- Tidak dibenarkan mengiklankan gambar , link atau menyebut tentang kelab-kelab kereta lain didalam Group Proton Persona Owners Club 'PPOC'. Kecuali gambar , link yang memberikan sumber yang berguna untuk baik pulih kereta dan permasalahannya.
2- Tidak dibenarkan menggunakan perkataan lucah atau membuat penghinaan kepada sesama ahli / kelab lain, menyentuh soal politik, sebarang link berunsur keganasan atau pun sebarang perkataan yang boleh menyinggung individu lain.
3- Creator / Admin / Senior Leader / Moderator berhak untuk menghapuskan mana-mana penyataan yang tidak sesuai ataupun yang tidak ada kena mengena dengan PPOC.
4- Mana-mana individu yang telah menjadi AJK ataupun berjawatan secara rasmi dari kelab-kelab Persona lain adalah tidak layak untuk dipertimbangkan untuk dilantik sebagai AJK Pentadbiran PPOC.
5- Creator / Admin & Moderator adalah individu yang mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan peraturan dari masa ke semasa yang digelar "Perintah Tetap PPOC".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan