Khamis, 13 September 2012

Majlis Doa Selamat dan Jamuan Aidilfitri

Assalamualaikum dan masih belum terlambat kiranya admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah, pada tanggal 7 September 2012 yang lalu, PPOC Northern telah berjaya menganjurkan satu majlis bacaan doa selamat sempena pembukaan rasmi gerai salah seorang crew di Hentian Taiping PLUS Arah Selatan. Majlis berlangsung dengan jayanya bermula selepas solat maghrib dan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Yusuf.

 Meetpoint di Tol Kemunting sebelum bergerak ke lokasi
Ketibaan konvoi awal dengan kekuatan 13 buah jentera
Bacaan doa selamat sempena pembukaan gerai saudara Afisz Stylo


Bart dh second round ni

Snap shot ketika jamuan ringan

Orang jauh dari Pahang, sampai jugak walaupun seharian memandu

Mee kari yang disediakan memang terbaik...bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke selatan dr utara, anda harus singgah di Chef Afisz Hot Stall bg menikmati juadah enak ini.....Seramai 19 buah jentera telah hadir dari Sungai Petani, Kulim, Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, dan Ipoh..... Majlis bersurai pada jam 10.00mlm dan crew yg tggl meneruskan aktiviti memasang stiker ahli baru.
Crew yang hadir

Ahli baru ditauliah...Abe Pejo dr Ipoh

Sehingga kita berjumpa lagi di event seterusnya....73 Assalamualaikum

DARI KITA UNTUK KITA