Ahad, 6 Januari 2013

FUTSAL PIALA PRESIDEN PPOC NORTHERN 2013

Assalamualaikum..

Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan ini.. Aktiviti pertama pada tahun 2013, kali ini perlawanan futsal telah diadakan di Safira Sport Arena di Seberang Jaya Pulau Pinang pada hari sabtu 1hb januari 2013 yg mana telah di anjurkan oleh sahabat-sahabat Islander Crew.. Terbaekk!!!




Alhamdulilah, sebanyak 5 pasukan telah menyertainya iaitu setiap satu dr Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dua pasukan iaitu Taiping Crew dan Thundercatz Crew... Majlis telah dihadiri oleh Presiden, semua SL dan DL serta diiringi oleh penyokong setiap team..


PASUKAN P.PINANG

PASUKAN KEDAH
PASUKAN THUNDERCATZ
PASUKAN TAIPING



Tahniah untuk semua pemenang.. Kepada yg tidak bernasib baik, bola tu bulat, kita jumpa ditahun hadapan.. hahaha.. Apa pun sebenarnya bukan kemenangan yg dicari tetapi lebih mencari erti ikatan persahabatan dan persaudaraan antara ahli.. ANDA SEMUA TELAH MEMBUKTIKANNYA..

Terima Kasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau pun tidak.. Sekalung TAHNIAH untuk anda semua..

Selasa, 1 Januari 2013

2012-2013






ASSALAMUALAIKUM.. 
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua warga PPOC[N]. Semoga tahun yg mendatang akan lebih baik dr tahun-tahun yg lepas dan moga ikatan persahabatan kita lebih erat dan jitu. Tingkatkan semua usaha untuk memajukan PPOC[N] dan PPOC seluruhnya. Semoga kita jadi yg terbaik diantara yg terbaik.. 

Khamis, 13 September 2012

Majlis Doa Selamat dan Jamuan Aidilfitri

Assalamualaikum dan masih belum terlambat kiranya admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah, pada tanggal 7 September 2012 yang lalu, PPOC Northern telah berjaya menganjurkan satu majlis bacaan doa selamat sempena pembukaan rasmi gerai salah seorang crew di Hentian Taiping PLUS Arah Selatan. Majlis berlangsung dengan jayanya bermula selepas solat maghrib dan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Yusuf.

 Meetpoint di Tol Kemunting sebelum bergerak ke lokasi
Ketibaan konvoi awal dengan kekuatan 13 buah jentera
Bacaan doa selamat sempena pembukaan gerai saudara Afisz Stylo


Bart dh second round ni

Snap shot ketika jamuan ringan

Orang jauh dari Pahang, sampai jugak walaupun seharian memandu

Mee kari yang disediakan memang terbaik...bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke selatan dr utara, anda harus singgah di Chef Afisz Hot Stall bg menikmati juadah enak ini.....Seramai 19 buah jentera telah hadir dari Sungai Petani, Kulim, Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, dan Ipoh..... Majlis bersurai pada jam 10.00mlm dan crew yg tggl meneruskan aktiviti memasang stiker ahli baru.
Crew yang hadir

Ahli baru ditauliah...Abe Pejo dr Ipoh

Sehingga kita berjumpa lagi di event seterusnya....73 Assalamualaikum

DARI KITA UNTUK KITA





Isnin, 6 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa PPOC Northern 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah lama menghilang, entry kali ini berkisar mengenai event yang baru saja berlalu semalam (5 Ogos 2012) iaitu Majlis Berbuka Puasa PPOC Northern Crew 2012. Seramai 24 crew bersama 21 jentera telah terlibat dan sambutan yg diberikan amat memeuaskan.

Terima kasih x terhingga buat Thundercats Crew yg sudi meluangkn masa dtg dr Ipoh utk bersama2 memeriahkan majlis...Majlis yg berlangsung di Taman Tasik, Taiping disambut dengan hujan yang sgt lebat...naseb masih menyebelahi crew apabila terdapat kedai kosong berhampiran yg boleh dibuat tempat berteduh dan seterusnya melangsungkan acara membatalkan puasa(istilah dr Aji)...hahaha


Snap shot di meetpoint R&R Bukit Merah 

Crew dari Kulim-Penang-Sp bersama Crew Taiping


Thundercat Crew dr Ipoh




Snap Shot sekitar Taman Tasik Taiping

Acara berbuka puasa berlangsung dengan jayanya. Juadah berbuka terdiri daripada portluck yg dibawa oleh crew...mcm2 ada....otak2, popia, agaq2, pelbagai jnis kuih muih, dan x lupa kuey teow goreng special...hahaha

selesai berbuka, konvoi sebanyak 21 buah jentera bergerak ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat maghrib yg diimamkan oleh crew baru kita Ustaz Yusof...konvoi kemudian bergerak ke restoran tomyam utk  menyambung acara makan dan menonton perlawanan akhir badminton olimpik....gerakan telah diketuai oleh Marshal PPOC iaitu saudara Aliff dan dengan bantuan beberapa org lg marshal understudy....hehehe

Snap shot semasa makan malam

Gelagat peminat fanatik DLCW...hahaha

Sesi menampal stiker


Gambar kenangan sebelum pulang


Majlis bersurai kira2 jam 10.30 malam dan semua crew telah selamat smp ke base masing2...semoga event kali ini dpt lebih merapatkn hubungan kita sesama crew....sehingga berjumpa lagi di masa akan datang...

"DARI KITA UNTUK KITA"

Isnin, 23 Julai 2012

MEGA TT EYEBALL 1 MAY 2012

Salam Ukhwah Rakan2 sekalian...
Jamu mata dgn gambar2 kerenah abam2,kakyong2 kita sempena Mega TT Eyeball pada tanggal
1 May 2012 yang lalu bertempat di Pantai Merdeka..sempena dgn program anjuran RTM dgn kerjasama

GABUNGAN KELAB KERETA NEGERI KEDAH..

Terima Kasih atas kerjasama yang tidak berbelah bagi...
Semoga ikatan yang terjalin tidak pernah putus..
Dari kita untuk kita...