Rabu, 22 Februari 2012

KL-IPOH-KANGAR.. [PPOC IN ARMS]

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Satu ketika dahulu[mcm lama la sangat], ada sahabat dari Kuala Lumpur telah berkunjung ke Kangar. Mereka ini bukan sahaja dari Central malah mereka juga adalah warga PPOC NORTHERN. Walaupun perjumpaan ini tidak di rancang terlebih awal, tapi rasanya ia nya berbaloi.. [berbaloi ke tidak kena la tanya tuan punya  badan..hahaha].. Lawatan ini menjadi sejarah tentang keakraban kami warga PPOC amnya..
Orang kata jauh berjalan luas pandangan dan diharap mereka ini tidak serik untuk berkunjung ke utara lagi.. Kita layan gambar.. hahaha

sahabat dari kuala lumpur, ipoh dan kangar
Apa pun, secara pribadi aku tabik spring pada mereka kerana jauh mereka datang.. Walaupun aku sendiri tak dapat bersua kerana kesibukan kerja, aku yakin tentu ada lagi hari "itu" dimasa akan datang..




p/s: moga ada kesempatan lain..

Selasa, 21 Februari 2012

TODAKMOTO IS PPOC NORTHERN's PANEL


BERITA BAIK!!!

Hasil perbincangan beberapa rakan PPOC NORTHERN dengan pengurusan TODAKMOTO, kini di maklumkan bahawa TODAKMOTO adalah rakan panel bagi PPOC NORTHERN.. Ini bermaksud setiap ahli boleh mendapatkan apa jua perkhidmatan untuk kereta mereka disana dan pastinya harga yg ditawarkan adalah antara harga yg munasabah.., tapi siapa TODAKMOTO tu???



Sedikit maklumat, meraka adalah antara yang terbaik dalam kerja penyelanggaran, baik pulih dan servis kereta dan ia telah ditubuhkan pada tahun 2009 di jitra kedah.
Untuk maklumat lanjut anda boleh lihat di blog ini - http://todakmoto.blogspot.com

Update 2..

Sambungan.....

Untuk seterusnya, ia nya adalah gambar sekitar aktiviti yg telah diadakan iaitu acara lepakking di sekitar jajahan utara.. Bukan TT besar tapi walaupun macam lepak biasa je tapi ia pastinya ada cerita di sebalik senyum tawa sahabat-sahabat PPOC secara keseluruhan..


Wajah-wajah PPOC NORTHERN..



Bersama sahabat dari PPOC EASTERN

Gadis-Gadis PPOC.. Heap!!.. Semuanya sudah berpunya yea..





Antara wajah PPOC NORTHERN lagi..

Moga keakraban sesama ahlli terus mekar dan berpanjangan.. AMIN.....

Update 1..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Rasanya sudah terlalu lama tidak isi apa-apa info dalam blog ini.. Maaf, biasalah sibuk sikit dalam urusan kerja dan urusan seharian.. Dalam waktu "sibuk" yg lepas ni, bayak aktiviti yg telah dijalankan di PPOC NORTHERN dan CENTRAL.. Majlis perkhawinan sahabat-sahabat PPOC la, lepak king la, aktiviti pasang stiker la.. Walaupun perkara biasa tapi ianya amat berharga kerana ia dapat mengeratkan perhubungan sesama ahli dan yg penting ahli dapat berkenalan dengan ahli baru di sekitar utara tanahair.. Alhamdulilah secara keseluruhan ahli PPOC diseluruh tanahair telah bertambah dan ada juga ahli yg sudah lama menyepi muncul kembali.. Secara peribadi aku sukakannya.. HAhahahaha..

Cerita mengenai sahabat-sahabat yg melangsungkan perkhawinan, PPOC NORTHERN terlibat secara langsung didalam 2 majlis iaitu di Kulim dan Kepala Batas dan sudah pasti kedua-duanya adalah ahli PPOC NORTHERN sendiri.. TAHNIAH buat anda semua..



Di kesempatan yang ada, PPOC NORTHERN bukan sahaja meraikan kedua-dua mempelai tetapi juga mengiringi dan konvoi untuk kedua-dua pengantin..

Selain dari majlis perkhawinan sahabat PPOC NORTHERN ini, ada juga aktiviti menampal stiker pada ahli baru dan lama yg di jalankan.. Ahli lama?? Hahahaha.. Biasa la.. kadang-kadang tak sempat nak oder dan tampal stiker diorang tu..










Selesai sudah majlis perkhawinan sahabat-sahabat PPOC dan tampal-menapal stiker, seterusnya post ini akan bersambung di Update 2..